Pages

Monday, March 29, 2010

pengenalan fertigasi



Penanaman Lada Secara Fertigasi
Lada atau cili merupakan salah satu tanaman yang paling menguntungkan dan mempunyai
permintaan sepanjang tahun di dalam kuantiti yang banyak dan tetap. Kelebihan menanam lada dan cili adalah kerana hasil boleh didapati dengan segera bergantung kepada benih dan
jangkahayat pokok yang agak lama iaitu 6 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada spesis
lada atau cili tersebut dan bergantung kepada cara penjagaan pokok tersebut.
Penggunaan kaedah fertigasi penanaman lada boleh dibuat secara intensif dan pengeluaran
hasil boleh dipertingkatkan berbanding dengan cara tradisional namun bakal pengusaha atau
usahawan tani perlu mendalami kaedah fertigasi dengan cukup berserta dengan tekad dan
kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dari satu musim penanaman ke musim yang lain. Ini
kerana pengetahuan teknikal fertigasi perlu dikuasai bagi mengurangkan kos "Trial & Error"
sebelum teknik yang betul difahami sepenuhnya. Kebanyakkan pengusaha dan usahawan tani
tanaman secara teknologi ini gagal kerana teknik tidak dipelajari dengan betul menyebabkan
kos mempelajari melebihi kos pengeluaran hasil dan akhirnya terpaksa menamatkan projek
tersebut.


Pengenalan


Fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja dalam bentuk larutan atau cecair akan
diagihkan terus kepada zon pemakanan pokok iaitu akar melalui satu sistem pengairan yang
berjadual dan sistematik. Pada kebiasaannya sistem akan menitiskan baja yang telah disukat
kandungannya dari takungan terus melalui paip-paip khas terus menitis kepada akar pokok
tanaman.


Keperluan Asas :
- Kawasan penanaman seperti Rumah lindungan hujan
- Sistem Pengairan (Pam, Tong Air, Paip PVC, Pusat Kawalan Nutrien, dan sebagainya)
- Baja khas untuk fertigasi
- Sumber air yang bersih, bebas klorin, pH (6.0-7.5)
- Alat pengukur pH, TDS dan EC Meter
- Bekas tanaman di ladang dan tapak semaian
- Medium tanaman seperti sabut kelapa, sekam padi
- Biji benih yang terpilih
Kawasan penanaman menggunakan rumah lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah
yang paling baik kerana ia akan dapat mengurangkan risiko makhluk perosak dan juga risiko
kerosakan tanaman akibat hujan yang terlalu lebat kerana pokok lada atau cili adalah pokok
yang agak lembut dan mudah patah. Namun untuk penanaman penanaman lada, memadai
dengan memasang jaring di sekitar kawasan tanaman, namum serangga perosak perlulah
dikenal pasti dan racun yang bersesuaian perlu digunakan.


Penyediaan Tapak
Bagi penanaman lada tapak seluas 40x70 kaki adalah sudah memadai untuk penanaman 500
pokok. Tapak perlulah rata dan tidak berbukit kerana ia akan mempengaruhi sistem pengairan
yang akan dibina kelak. Tapak perlu ditutup dengan plastik Silver Shine untuk mengurangkan
kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman dan ia akan membantu mengawal kebersihan
kawasan penanaman.


Penyediaan biji benih

ni adalah anak pokok yang baru jer bercambah lebih kuarang 3 hari..waktu anak benih mula disemai,tray perlulah ditutup oleh plastik hitam selama lebih kurang 3-5hari dan selepas itu baru la plastik itu dibuka...
anak pokok yang telah sedia di pindahkan ke dalam polibeg yang berusia lebih kurang 25-28 hari..

Biji benih boleh didapati daripada keda-kedai yang menjual benih lada dan ditanam ditapak
semaian seperti dulang semaian plastik 104 lubang. Benih yang telah disemai memerlukan
kawasan yang cukup matahari dan suhu yang sentiasa agak panas bagi tumbesaran yang anak
yang baik. Siraman yang baik adalah semburan halus perlu dilakukan setiap hari menggunakan air bersih biasa tanpa sebarang nutrien kerana siraman adalah untuk mengekalkan lembapan
sahaja. Benih perlu dipindahkan ke ladang setelah berumur diantara 20-25 hari. Hanya anak
pokok yang sihat, subur dan daun yang sekata sahaja dipindahkan ke ladang.


Sebelum Tanam
- Aturkan media mengikut jarak dengan jarak 2 kaki diantaranya.
- Pacakkan tiang di kanan dan kiri di antara 9-10 kaki
- Buat rintangan tal, 6 inci di atas media
- Pasang tali di kanan dan kiri media
- Gunakan polibeg putih berukuran besar sekurang-kurangnya 14x12
- Sabut kelapa digunakan dengan tinggi minima 4 inci



Sesudah Tanaman
Penyediaan baja nutrien untuk pokok adalah aktiviti utama di dalam penanaman fertigasi. Baja
untuk fertigasi adalah mudah didapati dalam bentuk serbuk Set A dan Set B.
- Bancuh pati baja dibekas Set A dan Set B,1 kilo lebih kurang 1 liter air.
- Tandakan bekas tersebut dengan jelas sebagai Set A dan Set B.
- Masukkan ke dalam tangki mengikut sukatan sama banyak bagi A dan B



Untuk siraman 500 pokok sebanyak 5 kali sehari kepekatan larutan nutrien adalah :
- 1-3 Minggu : 1.2 mS/sm
- 4-5 Minggu : 1.4 mS/sm
- 6-7 Minggu : 1.6 mS/sm


Cantasan pertama dan pembuangan tunas air perlu dibuat pada minggu ke 3 dan pokok perlu
dikejutkan dengan kepekatan 1.8 mS/sm pada pertama kali siraman minggu ke 4. Cantasan ke
2 dan 3 pada minggu 4 dan 5.
Setiap 4 hari semburan makhluk perosak perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan disyorkan
menggunakan penggunaan racun berbeza setiap semburan. Lakukan pemeriksaan ladang
setiap hari dengan kenalpasti simptom serangan penyakit, makhluk perosak, kekurangan
nutrien, sistem pengairan, penapis dan sebagainya.
Pungutan Hasil


Hasil pertama boleh didapati setelah berumur 75-80 hari dengan warna coklat kemerahan.
Tempoh pungutan hasil adalah bergantung kepada spesis lada yang cara penjagaan yang
dilakukan ke atas pokok tersebut.


No comments:

Post a Comment