untuk maklumat lanjut sila hubungi kami : 019-6443115 email : carortedey@yahoo.com

Search This Blog

Pages

Thursday, June 24, 2010

merah sudah

suda sekian lama tidak mengupdate blog ku ini...
da pada akhirnya merah juga cili ku pada musim ini...berikut adalah aktiviti yang terbaru ladang kami dan prestasi yang terkini.....selama menjamu mata yerr..............


buah merah yang pertama


dan ini lak3 keadaan buah yang boleh dipetik....buah yg dipetik seharusnya mengikut keadaan pasaran yang ada samada hijau atau merah...biasanya hijau lebih murah drpd warna merah...
keadaan semasa harga market (setakat artikel ini ditulis) harga market yang dapt kami tolak kepada pemborong (pasar borong serdang) RM12.00 sekilo

ni la petikan buah kali yg ke-3 dan hasil yg dpt setakat ni adalah 20kg cili merah dan hbs ibrat pisang panas hhuhhuuhh..............

hahah posing cili yang siap di packing utk hantr ke pemborong kami..........

hah ni lak sewaktu kami menjalankan rutin biasa menyiapkan bancuhan racun2 untuk disiram kpd pokok cili kami...pd kebiasaanya siraman racun boleh la dibuat 3 kali sehari atau seminggu sekali ini adlah bergantung kpd serangan perosak atau penyakit yang menyerang pokok.....serangan ini boleh la dilihat kepada kesan yang terdapat biasanya pada daun, buah dan batang pokok cili...............
ni la buat pertama kali nyer memperkenalkan produk terbaru yg digunapakai utk pokok cili kami.....
D.I GROW...baja siram ini adalah bertujuan melebatkan buah dan mengalakkan pengeluaran bunga dan bunga yang berputik tidak gugur...kedaan ini akan meningkatkan lagi hasil tuaian yg seterusnya...semasa artikel ini ditulis..kami masih lgi dalam tempoh percubaan, jadi hasil daripada kesan peggunaan baja ini bolh la dilihat dalam tmpoh 2-3 mggu akan datang...insyaALLAH ad mukjizatnyer.....

HAHAHAH dan aku sajer berposing dengan hasil cili kami....

secara penutup untuk kali ini...
kami bersyukur kehadrat ilahi krna telah mengurniakan rezeki kepada kami...ya ALLAH murahkan lah dan permudhkanlah rezekiMU kepada kami...keluarkan rezekiMU yg ad dibumi,dekatkan lah rezekiMU yg berjauhan, prmudahkan rezekiMu yang yg kesukaran, turankanlah rezekiMu yg ad dilangit..sesugguhNYA engkaulah tempat kami bermohon...aminnnnnnn..................

Tuesday, June 1, 2010

hijau............


Pemandangan dari opis aku


Kelihatan bunga-bunga cili berwarna putih






Ni lak kelebatan buah di salah satu pokok cili aku


Ni la status cili aku sekarang..panjang tuu sejengkal tapi blm masak la sekarg ni





Sekarang ni umur pokok aku sudah mencecah 67 hari...tapi buah-buah blm masak lagi...mungkin seminggu dua lagi buah cili ini akan menunjukkan kemerahan....x sabar daa aku nk tgk merah asyik tgk hijau je slalu ...nk tgk merah lak kan hehhehhehehe.....
Sekarang ni kami tgh planning nk tmbahkan lagi pokok untuk penuhkan lagi kwsan yang masih tinggal...pokk yang sedang untuk disemai lebih kurang 4000pkk lagi....

cili oo cili


Cili
Kau umpama seorang raja
Kau la diibaratkan permaisuri di hatiku
Kau juala jantung hatiku.....

Cili
Lahirmu sekecil-kecil benih
Bercambahmu ibarat kelahiran seorang putera raja
Ku belai mu seumpama anak kandungku
Saat kau membesar ku beri kasih dan sayangku..........

Cili
Kini kau dah besar
Kau berbunga mekar seperti putihnya salju
Menggambarkan sinar semakin menyinar
Membawa berita khabar gembira............

Cili
Bila kau semakin meningkat umur
Kau la raja permaisuri dihatiku
Ku siapkan tempat untuk kau beradu
Makan minummu ku jaga tanpa penat
Semuanya mengikut  ‘time’.................




Cili
Makananmu ku beri paling berkhasiat
Tidak 1 atau 2 tetapi 5 kali agar kau tidak kelaparan
Ku pancangkan tubuhmu seteguh mungkin agar kau tidak menyembah bumi
Namum adat berjuang ada yang tersingkir
Ku tatapi pemergian mu tanpa putus asa............

Cili
Kaulah hijau kaulah merah
Ku ibaratkan engkau barisan tentera yang sedang berjuang
Hijau mu menbawa sinar
Merah mu membawa kegembiraan
Merah la jua yang ku tunggu-tunggukan.....


Tuesday, May 18, 2010

ladang ku sekarang

haaa ni la keadaan status cili aku sekarang.....
semakin membesar dan tgu msa utk masak shj...............ni umr pokok da 50 hari biasa nye 60-75hr da bole tuai............insyaallah dengan berkat  rezeki pembemberian ALLAH diharapkan xde masalh besar lgi....diharapkan hasil tuaian adalah seperti yg diharapkan...............

Wednesday, May 12, 2010

ni la yang terbaru......

ni adalah pic yang terbaru ladag aku....
x sempat nk tulis artikel....sekrg tgh biz xsempat nk menulis..................keadaa sekarang menunggu pokok yang telah berbuah membesar.......setakat ni byk gak peyakit yang  telah menyerang pkok yang tengah membesar....
 ni la mosaic yang byk menyerang pokok cili kami

antara penyakit yang terdapat adalah seperti mosaic dan bkerinting...... inilaha penyakit yang sush nk hapuskan melainkan buang dan bakar terus pokok tersebut.....................

Monday, March 29, 2010

pengenalan fertigasi



Penanaman Lada Secara Fertigasi
Lada atau cili merupakan salah satu tanaman yang paling menguntungkan dan mempunyai
permintaan sepanjang tahun di dalam kuantiti yang banyak dan tetap. Kelebihan menanam lada dan cili adalah kerana hasil boleh didapati dengan segera bergantung kepada benih dan
jangkahayat pokok yang agak lama iaitu 6 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada spesis
lada atau cili tersebut dan bergantung kepada cara penjagaan pokok tersebut.
Penggunaan kaedah fertigasi penanaman lada boleh dibuat secara intensif dan pengeluaran
hasil boleh dipertingkatkan berbanding dengan cara tradisional namun bakal pengusaha atau
usahawan tani perlu mendalami kaedah fertigasi dengan cukup berserta dengan tekad dan
kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dari satu musim penanaman ke musim yang lain. Ini
kerana pengetahuan teknikal fertigasi perlu dikuasai bagi mengurangkan kos "Trial & Error"
sebelum teknik yang betul difahami sepenuhnya. Kebanyakkan pengusaha dan usahawan tani
tanaman secara teknologi ini gagal kerana teknik tidak dipelajari dengan betul menyebabkan
kos mempelajari melebihi kos pengeluaran hasil dan akhirnya terpaksa menamatkan projek
tersebut.


Pengenalan


Fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja dalam bentuk larutan atau cecair akan
diagihkan terus kepada zon pemakanan pokok iaitu akar melalui satu sistem pengairan yang
berjadual dan sistematik. Pada kebiasaannya sistem akan menitiskan baja yang telah disukat
kandungannya dari takungan terus melalui paip-paip khas terus menitis kepada akar pokok
tanaman.


Keperluan Asas :
- Kawasan penanaman seperti Rumah lindungan hujan
- Sistem Pengairan (Pam, Tong Air, Paip PVC, Pusat Kawalan Nutrien, dan sebagainya)
- Baja khas untuk fertigasi
- Sumber air yang bersih, bebas klorin, pH (6.0-7.5)
- Alat pengukur pH, TDS dan EC Meter
- Bekas tanaman di ladang dan tapak semaian
- Medium tanaman seperti sabut kelapa, sekam padi
- Biji benih yang terpilih
Kawasan penanaman menggunakan rumah lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah
yang paling baik kerana ia akan dapat mengurangkan risiko makhluk perosak dan juga risiko
kerosakan tanaman akibat hujan yang terlalu lebat kerana pokok lada atau cili adalah pokok
yang agak lembut dan mudah patah. Namun untuk penanaman penanaman lada, memadai
dengan memasang jaring di sekitar kawasan tanaman, namum serangga perosak perlulah
dikenal pasti dan racun yang bersesuaian perlu digunakan.


Penyediaan Tapak
Bagi penanaman lada tapak seluas 40x70 kaki adalah sudah memadai untuk penanaman 500
pokok. Tapak perlulah rata dan tidak berbukit kerana ia akan mempengaruhi sistem pengairan
yang akan dibina kelak. Tapak perlu ditutup dengan plastik Silver Shine untuk mengurangkan
kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman dan ia akan membantu mengawal kebersihan
kawasan penanaman.


Penyediaan biji benih

ni adalah anak pokok yang baru jer bercambah lebih kuarang 3 hari..waktu anak benih mula disemai,tray perlulah ditutup oleh plastik hitam selama lebih kurang 3-5hari dan selepas itu baru la plastik itu dibuka...
anak pokok yang telah sedia di pindahkan ke dalam polibeg yang berusia lebih kurang 25-28 hari..

Biji benih boleh didapati daripada keda-kedai yang menjual benih lada dan ditanam ditapak
semaian seperti dulang semaian plastik 104 lubang. Benih yang telah disemai memerlukan
kawasan yang cukup matahari dan suhu yang sentiasa agak panas bagi tumbesaran yang anak
yang baik. Siraman yang baik adalah semburan halus perlu dilakukan setiap hari menggunakan air bersih biasa tanpa sebarang nutrien kerana siraman adalah untuk mengekalkan lembapan
sahaja. Benih perlu dipindahkan ke ladang setelah berumur diantara 20-25 hari. Hanya anak
pokok yang sihat, subur dan daun yang sekata sahaja dipindahkan ke ladang.


Sebelum Tanam
- Aturkan media mengikut jarak dengan jarak 2 kaki diantaranya.
- Pacakkan tiang di kanan dan kiri di antara 9-10 kaki
- Buat rintangan tal, 6 inci di atas media
- Pasang tali di kanan dan kiri media
- Gunakan polibeg putih berukuran besar sekurang-kurangnya 14x12
- Sabut kelapa digunakan dengan tinggi minima 4 inci



Sesudah Tanaman
Penyediaan baja nutrien untuk pokok adalah aktiviti utama di dalam penanaman fertigasi. Baja
untuk fertigasi adalah mudah didapati dalam bentuk serbuk Set A dan Set B.
- Bancuh pati baja dibekas Set A dan Set B,1 kilo lebih kurang 1 liter air.
- Tandakan bekas tersebut dengan jelas sebagai Set A dan Set B.
- Masukkan ke dalam tangki mengikut sukatan sama banyak bagi A dan B



Untuk siraman 500 pokok sebanyak 5 kali sehari kepekatan larutan nutrien adalah :
- 1-3 Minggu : 1.2 mS/sm
- 4-5 Minggu : 1.4 mS/sm
- 6-7 Minggu : 1.6 mS/sm


Cantasan pertama dan pembuangan tunas air perlu dibuat pada minggu ke 3 dan pokok perlu
dikejutkan dengan kepekatan 1.8 mS/sm pada pertama kali siraman minggu ke 4. Cantasan ke
2 dan 3 pada minggu 4 dan 5.
Setiap 4 hari semburan makhluk perosak perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan disyorkan
menggunakan penggunaan racun berbeza setiap semburan. Lakukan pemeriksaan ladang
setiap hari dengan kenalpasti simptom serangan penyakit, makhluk perosak, kekurangan
nutrien, sistem pengairan, penapis dan sebagainya.
Pungutan Hasil


Hasil pertama boleh didapati setelah berumur 75-80 hari dengan warna coklat kemerahan.
Tempoh pungutan hasil adalah bergantung kepada spesis lada yang cara penjagaan yang
dilakukan ke atas pokok tersebut.


rahmat dari langit

pada 30/3/2010 langit menagis lagi.....punye la lebat hujan harini....jadi aku kena la kerja dalam hujan...
kerja2 memindahkan anak pokok yang telah disemai dijalan kan walaupun hujan lebat turun....usaha tangga kejayaan orang cakap..jadi x kirala hujan ke panas kami ttp keja............
lalalalala hari-hari kerja bosan dengan haha.............


ni la keadaan waktu hujan td lebat btolll............
kesian kat anak pokok aku sampai tersemban dek kena hentaman air hujan..kalu kena kat permukaan tanah yang terdedah boleh menyebabkan hakisan permukaan boleh akibatkan tanah runtuh tp bila kena kat anak pokk jawbnye sedey la aku....hhuuhu tapi hujan rahmat dari tuhan myang mencurahkan air hujan dari langit sudah lama panas sgt sampi ank pokk jd layu disebabkan kepansan yang melampau adakah ini Global Warming???......



 
 ni anak pokok aku yang telah dipindahkan 2 hari dari tray semaian masih bayi lagi tp da kena tahan dan beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang baru baginya.....ank pokok ko jd cpt besau ye cpt berbuah nti aku bg ko stok A n B yang cukup pastu kuar hasil byk2 ye........hahahah...ad juga masalah yang tmbul bila anak pokok yang bru dipndahkan tdk dapt menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini mengakibatkan mati kepansan..adakah ini yang dipanggil Natural Selection oleh teori Darwin???...bagi anak pokok yang cpt beradaptasi dengan keadaan ini sudah menunjukkan kemajuan dari segi pertumbuhan....





 ni la tank yang terdapat di ladag kami ni...setakat ni tank 400 gelen digunakan dan perangan utuk ditamabah lagi 3 tank bg menmpung pembahangian air kepada ank pokk.....dan juga polibeg yang dah dimasukkan median campuran Cocopeat n Sekam padi bakar yang blm sempat di susun di tapak lagi....sekarang ni masih menunggu order cocopeat 200 guni lagi yang blm sampai..huhu pant weiii nk mskkan menatang ni dalam polbeg harap2 ad lagi yang orag sgp menolong psani.................


setakat harini sudah ada lebih kurang 2000 anak pokok yang telah di transfer ke tapak..dan masih lagi menunggu untuk order cocopeat yang seterusnya uantuk 2000 anak pokok lagi.....kami bercadag untuk zon yang sedia ad dimuatkan kepada 4000 anak pokk cili harap dipermudahkan kerja kami.....



sepanjang mgu ni keadaan sangt panas..petang td hujan turun selebatnya...kerja kami pon tergendala lak gak....jd ni la aktiviti waktu hujan amik gamba sementara hujan benti........untuk tatapan yang sgp mentap blog ni...............sekian dulu........