untuk maklumat lanjut sila hubungi kami : 019-6443115 email : carortedey@yahoo.com

Search This Blog

Pages

Monday, March 29, 2010

pengenalan fertigasi



Penanaman Lada Secara Fertigasi
Lada atau cili merupakan salah satu tanaman yang paling menguntungkan dan mempunyai
permintaan sepanjang tahun di dalam kuantiti yang banyak dan tetap. Kelebihan menanam lada dan cili adalah kerana hasil boleh didapati dengan segera bergantung kepada benih dan
jangkahayat pokok yang agak lama iaitu 6 bulan hingga 12 bulan bergantung kepada spesis
lada atau cili tersebut dan bergantung kepada cara penjagaan pokok tersebut.
Penggunaan kaedah fertigasi penanaman lada boleh dibuat secara intensif dan pengeluaran
hasil boleh dipertingkatkan berbanding dengan cara tradisional namun bakal pengusaha atau
usahawan tani perlu mendalami kaedah fertigasi dengan cukup berserta dengan tekad dan
kesungguhan yang tinggi untuk berjaya dari satu musim penanaman ke musim yang lain. Ini
kerana pengetahuan teknikal fertigasi perlu dikuasai bagi mengurangkan kos "Trial & Error"
sebelum teknik yang betul difahami sepenuhnya. Kebanyakkan pengusaha dan usahawan tani
tanaman secara teknologi ini gagal kerana teknik tidak dipelajari dengan betul menyebabkan
kos mempelajari melebihi kos pengeluaran hasil dan akhirnya terpaksa menamatkan projek
tersebut.


Pengenalan


Fertigasi adalah kaedah penanaman yang mana baja dalam bentuk larutan atau cecair akan
diagihkan terus kepada zon pemakanan pokok iaitu akar melalui satu sistem pengairan yang
berjadual dan sistematik. Pada kebiasaannya sistem akan menitiskan baja yang telah disukat
kandungannya dari takungan terus melalui paip-paip khas terus menitis kepada akar pokok
tanaman.


Keperluan Asas :
- Kawasan penanaman seperti Rumah lindungan hujan
- Sistem Pengairan (Pam, Tong Air, Paip PVC, Pusat Kawalan Nutrien, dan sebagainya)
- Baja khas untuk fertigasi
- Sumber air yang bersih, bebas klorin, pH (6.0-7.5)
- Alat pengukur pH, TDS dan EC Meter
- Bekas tanaman di ladang dan tapak semaian
- Medium tanaman seperti sabut kelapa, sekam padi
- Biji benih yang terpilih
Kawasan penanaman menggunakan rumah lindungan hujan dan jaring kalis serangga adalah
yang paling baik kerana ia akan dapat mengurangkan risiko makhluk perosak dan juga risiko
kerosakan tanaman akibat hujan yang terlalu lebat kerana pokok lada atau cili adalah pokok
yang agak lembut dan mudah patah. Namun untuk penanaman penanaman lada, memadai
dengan memasang jaring di sekitar kawasan tanaman, namum serangga perosak perlulah
dikenal pasti dan racun yang bersesuaian perlu digunakan.


Penyediaan Tapak
Bagi penanaman lada tapak seluas 40x70 kaki adalah sudah memadai untuk penanaman 500
pokok. Tapak perlulah rata dan tidak berbukit kerana ia akan mempengaruhi sistem pengairan
yang akan dibina kelak. Tapak perlu ditutup dengan plastik Silver Shine untuk mengurangkan
kerja-kerja membersihkan kawasan penanaman dan ia akan membantu mengawal kebersihan
kawasan penanaman.


Penyediaan biji benih

ni adalah anak pokok yang baru jer bercambah lebih kuarang 3 hari..waktu anak benih mula disemai,tray perlulah ditutup oleh plastik hitam selama lebih kurang 3-5hari dan selepas itu baru la plastik itu dibuka...
anak pokok yang telah sedia di pindahkan ke dalam polibeg yang berusia lebih kurang 25-28 hari..

Biji benih boleh didapati daripada keda-kedai yang menjual benih lada dan ditanam ditapak
semaian seperti dulang semaian plastik 104 lubang. Benih yang telah disemai memerlukan
kawasan yang cukup matahari dan suhu yang sentiasa agak panas bagi tumbesaran yang anak
yang baik. Siraman yang baik adalah semburan halus perlu dilakukan setiap hari menggunakan air bersih biasa tanpa sebarang nutrien kerana siraman adalah untuk mengekalkan lembapan
sahaja. Benih perlu dipindahkan ke ladang setelah berumur diantara 20-25 hari. Hanya anak
pokok yang sihat, subur dan daun yang sekata sahaja dipindahkan ke ladang.


Sebelum Tanam
- Aturkan media mengikut jarak dengan jarak 2 kaki diantaranya.
- Pacakkan tiang di kanan dan kiri di antara 9-10 kaki
- Buat rintangan tal, 6 inci di atas media
- Pasang tali di kanan dan kiri media
- Gunakan polibeg putih berukuran besar sekurang-kurangnya 14x12
- Sabut kelapa digunakan dengan tinggi minima 4 inci



Sesudah Tanaman
Penyediaan baja nutrien untuk pokok adalah aktiviti utama di dalam penanaman fertigasi. Baja
untuk fertigasi adalah mudah didapati dalam bentuk serbuk Set A dan Set B.
- Bancuh pati baja dibekas Set A dan Set B,1 kilo lebih kurang 1 liter air.
- Tandakan bekas tersebut dengan jelas sebagai Set A dan Set B.
- Masukkan ke dalam tangki mengikut sukatan sama banyak bagi A dan B



Untuk siraman 500 pokok sebanyak 5 kali sehari kepekatan larutan nutrien adalah :
- 1-3 Minggu : 1.2 mS/sm
- 4-5 Minggu : 1.4 mS/sm
- 6-7 Minggu : 1.6 mS/sm


Cantasan pertama dan pembuangan tunas air perlu dibuat pada minggu ke 3 dan pokok perlu
dikejutkan dengan kepekatan 1.8 mS/sm pada pertama kali siraman minggu ke 4. Cantasan ke
2 dan 3 pada minggu 4 dan 5.
Setiap 4 hari semburan makhluk perosak perlu dilakukan mengikut kesesuaian dan disyorkan
menggunakan penggunaan racun berbeza setiap semburan. Lakukan pemeriksaan ladang
setiap hari dengan kenalpasti simptom serangan penyakit, makhluk perosak, kekurangan
nutrien, sistem pengairan, penapis dan sebagainya.
Pungutan Hasil


Hasil pertama boleh didapati setelah berumur 75-80 hari dengan warna coklat kemerahan.
Tempoh pungutan hasil adalah bergantung kepada spesis lada yang cara penjagaan yang
dilakukan ke atas pokok tersebut.


rahmat dari langit

pada 30/3/2010 langit menagis lagi.....punye la lebat hujan harini....jadi aku kena la kerja dalam hujan...
kerja2 memindahkan anak pokok yang telah disemai dijalan kan walaupun hujan lebat turun....usaha tangga kejayaan orang cakap..jadi x kirala hujan ke panas kami ttp keja............
lalalalala hari-hari kerja bosan dengan haha.............


ni la keadaan waktu hujan td lebat btolll............
kesian kat anak pokok aku sampai tersemban dek kena hentaman air hujan..kalu kena kat permukaan tanah yang terdedah boleh menyebabkan hakisan permukaan boleh akibatkan tanah runtuh tp bila kena kat anak pokk jawbnye sedey la aku....hhuuhu tapi hujan rahmat dari tuhan myang mencurahkan air hujan dari langit sudah lama panas sgt sampi ank pokk jd layu disebabkan kepansan yang melampau adakah ini Global Warming???......



 
 ni anak pokok aku yang telah dipindahkan 2 hari dari tray semaian masih bayi lagi tp da kena tahan dan beradaptasi dengan keadaan persekitaran yang baru baginya.....ank pokok ko jd cpt besau ye cpt berbuah nti aku bg ko stok A n B yang cukup pastu kuar hasil byk2 ye........hahahah...ad juga masalah yang tmbul bila anak pokok yang bru dipndahkan tdk dapt menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru ini mengakibatkan mati kepansan..adakah ini yang dipanggil Natural Selection oleh teori Darwin???...bagi anak pokok yang cpt beradaptasi dengan keadaan ini sudah menunjukkan kemajuan dari segi pertumbuhan....





 ni la tank yang terdapat di ladag kami ni...setakat ni tank 400 gelen digunakan dan perangan utuk ditamabah lagi 3 tank bg menmpung pembahangian air kepada ank pokk.....dan juga polibeg yang dah dimasukkan median campuran Cocopeat n Sekam padi bakar yang blm sempat di susun di tapak lagi....sekarang ni masih menunggu order cocopeat 200 guni lagi yang blm sampai..huhu pant weiii nk mskkan menatang ni dalam polbeg harap2 ad lagi yang orag sgp menolong psani.................


setakat harini sudah ada lebih kurang 2000 anak pokok yang telah di transfer ke tapak..dan masih lagi menunggu untuk order cocopeat yang seterusnya uantuk 2000 anak pokok lagi.....kami bercadag untuk zon yang sedia ad dimuatkan kepada 4000 anak pokk cili harap dipermudahkan kerja kami.....



sepanjang mgu ni keadaan sangt panas..petang td hujan turun selebatnya...kerja kami pon tergendala lak gak....jd ni la aktiviti waktu hujan amik gamba sementara hujan benti........untuk tatapan yang sgp mentap blog ni...............sekian dulu........

Sunday, March 28, 2010

da masuk fasa baru la pulak...

kali ni da masuk fasa baru projek aku...agak lama kami bertapa sehingga dapat kembali sinar untuk meneruskan projek ini....ini disebebkan adalah menunggu  pemohanan elektrik diluluskan. Selama 3 bulan kami menunggu dan pada 23 mac 2010 merupakan tarikh keramat kami kerana pada akhirnya elektrik telah dimasukkan ke bangsal ladang kami (bagi kredit kat kontraktor elektrik kami EN MAMAT nk guna khidmat die nti bole kontek aku bley dpt kominsen hahah)....

sumber air pula kami menggunakan sumber air bawah tanah sebb nk jimat kos da x mau lagi menuggu pihak SYABAS untuk memasukkan bekalan air ke ldg (x mau jadi macm elektrik huhu)...sumber perigi ni leceh sikit sbb kalu musim panas paras air die kurang jd air yang recharge kureng  n air yang discharge (masuk ke tank) plak perlu bayak......adoyai jem aku nk cover air ke pokok ni...kena la wat secara manual lak menungu air perigi naik baru sedut masuk pam.....planning masa depan ni nk tambah lak telaga tiub untuk bekalan air ladang aku (dulu xwat sbb kos tinggi sgt huhu).....................

hahaha ni lak kawan2 aku yang menjadi penolong setia kepada ladang aku ni..dorang ni kira wat praktikal la kata sini...dorang ni budak belajar kat TEKAT amik otomotif tp praktikal wat agro pertanian lak...ape2 je la UCOP,BOB dan HAKIM...asal korang dapt duit n pengalaman....terima kasih pihak kami ucapkan kepada kalian...

ini proses susunan bata untuk petambahan kawasan ladang kami lagi....sepatutnya ldg ini dapat dimuatkan dengan lebihh kurang 6000 anak pokok cili...tp ad halangannye dimana kurang modal dan kakitangan untuk membuat kerja ...penat wooooo................

hah ni lak kami menerima lawatan HOKAGE KE 10 kampung daun datang bertandang ke ladag kami...sajer je tu nk wat diplomatik ngan kami  (ok x badan die hot tuuuu).........

ni laka pondok kami berteduh dari hujan dan panas.....ni blm siap sepenuhnya lagi...ni baru permulaan je tengah renovation lagi nti siap sama sebijik cam kondo hahahahhaah......................


ni la die diperkenalkan partner aku saker (kiri) dan bak (tp die suh tulis mamat ensem sbb waktu aku tulis ni die ad sblh aku poyo ko bak).....time ni kitorang tgh semai anak pokok cili F1 hybrib sebanyak 40 tray pada 13 jan 2010.......1st time semai kira ok la gak,ank cili aku tmbuh degan sehat dan bugar....hahahah.....

jadi sekarang ni kami tgh siapkan lagi system piping untuk memenuhkan ataupon pengunaan maksimum ruang dan tempat yang ad di ldg ini (leh dpt maksimumkan income nti hahahha)............setakat harini banyak lagi kerja yang perlu di siapkan...disamping penjagaan anak pokok yang telah di masukkan ke dalam polibeg..target untuk fasa ni adalah sebanyak 4000 pokok harap2 akan berjaya...

insayaallah...yang baik datgnyer adri ALLAH dan yang buruk  itu datgnyer dari kita sendiri.kita hanya merancang tapi ALLAH jua yang mengetahuai..mudahan murah rezeki amimm.............