untuk maklumat lanjut sila hubungi kami : 019-6443115 email : carortedey@yahoo.com

Search This Blog

Pages

Tuesday, June 1, 2010

cili oo cili


Cili
Kau umpama seorang raja
Kau la diibaratkan permaisuri di hatiku
Kau juala jantung hatiku.....

Cili
Lahirmu sekecil-kecil benih
Bercambahmu ibarat kelahiran seorang putera raja
Ku belai mu seumpama anak kandungku
Saat kau membesar ku beri kasih dan sayangku..........

Cili
Kini kau dah besar
Kau berbunga mekar seperti putihnya salju
Menggambarkan sinar semakin menyinar
Membawa berita khabar gembira............

Cili
Bila kau semakin meningkat umur
Kau la raja permaisuri dihatiku
Ku siapkan tempat untuk kau beradu
Makan minummu ku jaga tanpa penat
Semuanya mengikut  ‘time’.................




Cili
Makananmu ku beri paling berkhasiat
Tidak 1 atau 2 tetapi 5 kali agar kau tidak kelaparan
Ku pancangkan tubuhmu seteguh mungkin agar kau tidak menyembah bumi
Namum adat berjuang ada yang tersingkir
Ku tatapi pemergian mu tanpa putus asa............

Cili
Kaulah hijau kaulah merah
Ku ibaratkan engkau barisan tentera yang sedang berjuang
Hijau mu menbawa sinar
Merah mu membawa kegembiraan
Merah la jua yang ku tunggu-tunggukan.....


No comments:

Post a Comment